Tuesday, November 9, 2010

Terima Kasih


Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010 sudah berakhir.

tahniah kepada para pemenang yang bertuah.

tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada para penaja iaitu:



terima kasih sekali lagi!

Thursday, August 12, 2010

Cara Menghantar Penyertaan Anda

Cara Menghantar Penyertaan Anda

Semua Penyertaan Hendaklah Dihantar Secara Talian [online]
Semua peserta perlu menghantar penyertaan bahan berkualiti bagi tujuan percetakan dan pameran.
1. Isi borang penyertaan dan membuat fail di komputer sendiri dan menyimpan fail tersebut yang mengandungi :
• Borang Penyertaan yang lengkap diisi
• Poster resolusi rendah : PDF, minimum 72 dpi [Hanya pemenang akan diminta menghantar fail berkualiti 300 dpi]
Notis Penting: 2 fail tersebut harus dilabel dengan nama anda dan di-zip/rar sebelum dihantar.
2. Membuat pembayaran yuran penyertaan berjumlah RM10.00 bagi setiap satu penyertaan.
(maklumat lanjut pembayaran di bahagian syarat-syarat penyertaan)
3. Sekarang anda sudah bersedia menghantar hasil kerja anda ke cilipadiuitm2010@gmail.com.


PERHATIAN:

JIKA ANDA MENDAPATI BAHAWA FAIL YANG INGIN DIHANTAR MELALUI EMEL MEMPUNYAI SAIZ YANG TERLALU BESAR, SILA DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN YANG TELAH DIRINGKASKAN DISINI



untuk sebarang kemusykilan, sila hubungi Mohd Shukry (0126813482) dan Mohd Nasrul Faiz (0129778626)

Friday, July 2, 2010

Cili Padi 2010


sila download borang penyertaan disini














sila download borang penyertaan disini

PENGENALAN

Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010 dianjurkan Kelab Periklanan,
Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak 2 kali di peringkat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan 2 kali juga di peringkat UiTM.

Pada tahun ini, seperti pada tahun 2005 dan 2007, pertandingan ini akan di buka kepada semua penuntut UiTM di kampus Shah Alam serta kampus-kampus cawangan.

Berikut adalah tema-tema yang pernah dipilih sempena sambutan kemerdekaan yang terdahulu

1. Merdeka Print AD Competition 2003 : Perpaduan Kaum di Malaysia

2. Merdeka Print AD Competition 2004 : Kebebasan daripada Penjajahan

3. Merdeka Print AD Competition 2005 : Peace, Prosperity, and Progress

4. Merdeka Print AD competition 2007 : Rebranding Malaysia: The next 50 years.

Pada tahun ini tema yang dipilih ialah ‘INNER ELEMENTS: 1 MALAYSIA’.

Borang penyertaan pertandingan boleh dimuat turun dari 1hb Julai hingga 30hb Ogos 2010 dan terbuka untuk semua penuntut UiTM.

Para peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak penyertaan, berupa poster untuk media cetak, sama ada didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Hasil kerja yang di cipta dan direka untuk pertandingan ini mestilah sesuai untuk di siarkan di dalam media-media cetak seperti suratkhabar atau majalah.

Hasil akhir ciptaan para peserta mestilah dihantar dalam saiz A3, dan berformat PDF.

Semua penyertaan perlu dihantar secara ‘online’ ke cilipadiuitm2010@gmail.com.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Objektif pertandingan ini adalah :

1. Menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara dikalangan pelajar UiTM.

2. Memberikan peluang serta menggalakkan para pelajar untuk menonjolkan diri serta mencungkil bakat kreatif dikalangan para pelajar.

3. Mewujudkan suasana kompetitif dikalangan pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi
persaingan dalam industri kelak.

4. Memberi penghargaan buat para pelajar yang berbakat serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

5. Mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pelajar dan pensyarah, pelajar-pelajar dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan dengan industri.

TEMA PERTANDINGAN

‘INNER ELEMENTS: 1 MALAYSIA’

Pada asasnya apakah fakta-fakta penting yang boleh mempengaruhi minda, pesepsi dan tingkahlaku supaya rakyat berbilang kaum agar sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur;

apakah amalan- amalan dan gaya hidup yang wujud yang boleh di pertingkatkan supaya rakyat yang berbilang kaum boleh berbangga dengan identiti mereka sebagai ‘Satu Malaysia‘.

Pembentukan identiti sebagai ‘Satu Malaysia’ boleh diperkukuhkan melalui pelbagai cara seperti sukan, pendidikan, toleransi agama, perayaan, makanan, pelancongan dalam negara, fesyen, muzik dan lain-lain.